My LuRvE

My LuRvE

MISTERI BATU TERGANTUNG DI JERUSALEM


Ditengah-tengah Masjid Qubbah al-Shakhrah (Dome of the rock), terdapat sebuah batu gunung Shakrah berukuran lebih kurang 13.8 x 17 meter, yang tergantung di udara. Ini merupakan salah satu bukti kebesaran ALLAH S.W.T dan kebenaran Nabi Muhammad S.A.W sebagai nabi dan rasul yang diutuskan oleh ALLAH. Batu ini ialah tempat duduk Nabi Muhammad S.A.W semasa baginda melaksanakan israk dan mikraj sampai kini masih tetap terapung-apung di udara.

Menurut riwayat, pada saat Nabi Muhammad akan bermi'raj, batu tersebut ingin ikut sama, tetapi Nabi S.A.W segera menahan dengan kakinya pada batu itu, maksudnya agar batu itu tak usah ikut. Tetapi oleh kerana batu itu telah terangkat, lalu ia berhenti disitu tanpa mahu turun semula kebumi.

Batu ajaib yang tergantung itu berada dalam Masjid Umar (Dome of the rock) di lingkungan Masjidil Aqsha di Jerusalem.

Sekarang pihak berkuasa masjid Dome of the rock telah menutupnya untuk umum. Sewaktu penguasaan Yahudi, mereka telah membuat masjid lain bernama Al-Sakhra tak jauh disebelahnya dengan kubah 'emas'. Masjid itu disebut sebagai al-Aqsa, dengan maksud untuk mengaburi mata dan fikiran umat islam yang tidak tahu dimana masjid al-Aqsa sebenarnya. Sedangkan masjid al-Aqsa yang sebenar berada bersebelahan dan tidak jauh dari situ.

Saat ini Masjid al-Aqsa yang sebenarnya telah diambil alih oleh Israel, dan rencananya mahi dihancurkan untuk diganti sebagai tempat ibadah mereka kerana bersebelahan dengan tembok ratapan.





Ini antara gambar-gambar batu sebenar. Jgn tertipu dengan gambar batu dibwh ini.





Ps: Saat nie daku semakin teruja dan bermuhasabah diri...

No comments:

Post a Comment

Klik sini untuk komen!