My LuRvE

My LuRvE

MISTERI KOTA POMPEII TERBONGKAR MANUSIA BERTUKAR MENJADI BATU KERANA BERZINA DAN MELACUR

Sekitar 23 Ogos tahun 79 Masihi (M), keadaan di Pompeii (kini satu kawasan di Itali) kelihatan sibuk sama seperti kota purba lain. Penduduknya bergerak ke sana sini, berjual beli dalam bangunan atau gedung agam berserta berinteraksi antara satu sama lain.


Sehinggalah tiga hari kemudian, secara tiba-tiba saja satu kejadian misteri melanda kota berkenaan sehingga menyebabkan bangunan dan penduduknya lenyap bagaikan tidak pernah wujud pada muka bumi ini.

Seterusnya selama 1,500 tahun, kewujudan kota Pompeii yang suatu ketika dulu menjadi antara kota terkemuka dalam Empayar Rom, hilang dalam lipatan sejarah. Tiada siapa yang mengetahui kewujudan kota berkenaan.

Masa terus berlalu sehinggalah pada 1594 sekumpulan pekerja diarahkan menggali terowong di kaki gunung berapi Vesuvius bagi projek membekalkan air kepada sebuah kampung berdekatan.

Kerja mengorek tanah dijalankan dengan giat, tetapi secara tiba-tiba kumpulan pekerja itu terpaksa menghentikan aktiviti berkenaan selepas menemui sesuatu benda aneh tertanam didalam tanah.

Tinggalan aneh berbentuk Artifak itu dikeluarkan dan berita mengenai penemuannya terus tersebar luas menyebabkan semakin banyak kerja cari gali dilakukan dikawasan itu.

Bagaimanapun, pada tahun 1631, gunung berapi Vesuvius meletus tujuh kali sehingga memusnahkan apa saja yang berada berhampirannya termasuk kawasan penemuan artifak berkenaan.

76 tahun kemudian(1707), kerja mengorek kembali dipelopori Putera d'Elboeuf selepas beliau mendengar kewujudan artifak berharga dan harta karun tertanam di kawasan berkenaan.





Kelihatan REAKSI mayat sebelum mereka terbunuh. Gunung berapi Vesuvius meletuskan lava, banjiri kota maksiat tanpa batas kaum Osci di tengah Itali. Inilah antara dosa besar(zina) yang ALLAH segerakan hukumannya di dunia lagi...(ALLAH bayar cash okey).


Pihaknya terus menggali dan pelbagai tinggalan artifak yang pernah 'terkubur' di bawah tanah di kawasan berkenaan kembali dikorek keluar. Ketika itulah misteri kehilangan kota Pompeii selama ribuan tahun akhirnya terbongkar.

Bagaimanapun, penemuan kota purba ini menimbulkan pelbagai persoalan misteri di kalangan pelbagai pihak terutama pengkaji sejarah.

Malah, lebih mengejutkan adalah selain artifak berupa tembikar dan barangan purba, turut dijumpai di kawasan berkenaan adalah puluhan patung batu berbentuk manusia dalam keadaan mengerunkan.

Antara penemuan aneh itu adalah sekumpulan jasad manusia yang seolah-olah bertukar menjadi patung batu ketika menjamu selera.

Lebih menakutkan adalah kejadian misteri yang melenyapkan kota itu secara tidak langsung turut menyimpan 'wajah' sebenar kota Pompeii apabila turut ditemui puluhan jasad manusia yang sedang mengadakan hubungan seks termasuk seks luar tabii, bertukar menjadi batu. Kejadian itu boleh dianggap sama dengan kaum Luth yang ALLAH tenggelamkan ke dalam bumi sehingga kesannya terwujud lautan mati.

Dalam penemuan itu, jelas kelihatan raut muka penduduk yang menunjukkan ekspresi terkejut dan ketakutan teramat seolah-olah bencana yang terjadi itu datang secara tiba-tiba.

Kajian seterusnya membongkarkan cerita sebenar mengenai kota Pompeii. Kota itu didirikan sekitar abad ke-6 Sebelum Masihi(SM) oleh kaum Osci atau Oscan iaitu suatu kelompok masyarakat di tengah Itali.

Pompeii kemudian berkembang pesat dan maju dari segi pembangunan. Akan tetapi, disebalik kemajuan seni bina dan aspek kesenian yang memukau, kota itu sebenarnya membangun sebagai pusat pelacuran dan terjadi pelbagai kegiatan yang melampaui batas kemanusiaan.

Rumah pelacuran dibina dengan jumlah yang tidak terhitung, malah alat kelamin lelaki digantung di pintu pusat pelacuran berkenaan sebagai iklan bagi menarik pelanggan. Masyarakat Pompeii pada ketika itu juga dikatakan mengamalkan kepercayaan 'Mithra' yang menyakini bahawa alat kelamin serta persetubuhan tidak sepatutnya dilakukan secara sembunyi, tetapi mesti dilakukan di tempat terbuka.

Selepas lama aktiviti maksiat tanpa batas itu berlarutan di kota berkenaan, secara tiba-tiba gunung berapi Vesuvius yang sebelum itu 'sepi' selama 2 juta tahun(tidak meletup), akhirnya meletuskan lava panas sehingga membanjiri kota itu.

Tiada seorangpun daripada penduduk terselamat malah debu tebal bencana itu terus menenggelam serta melenyapkan Pompeii daripada sejarah peradapan dunia malah menukarkan penduduknya seolah menjadi patung batu.

Fakta Pompeii:

  • Tapak tinggalan Pompeii kini diiktiraf sebagai satu daripada tapak warisan dunia Unesco.
  • Ketika letusan terjadi, kota Pompeii dianggarkan memiliki penduduk sejumlah 20,000 orang.
  • Kebanyakkan artifak yang ditemui dalam kerja cari gali ditempatkan di sebuah muzium di Naples.




Antara yang ditemui. ALLAH maha kaya dan adil, setiap perbuatan pasti akan mendapat balasan di dunia dan juga di akhirat. SUBHANALLAH










READING TIME

Assalamualaikum...
Alhamdulillah cuaca hari nie agak sejuk2 sikit...sejuk sikit hati daku nie...hehe...Hari nie daku agak rileks sikit coz tak byk kje nak buat...hero kecik pun awal tido ari nie...al-maklum lah sejuk kan...sedap lahh nak tdo...hehe...jadik daku bolehlah update awal sikit kan...entri kali nie bkn pasal tidak puas hati atau pasal life daku...entri kali nie daku nak berkongsi sdikit psl buku yg daku baca skarang nie...amboii rajinkan daku baca buku...hehe...al-maklumlah daku nie tergolong dlm org yg malas nak membelek2 buku nie...hehe...tetibe plak rajin nak menelaah buku kan...bkn ape buku yg nie agak menarik perhatian dan hati daku nie...tajuk buku pun mang da menarik hati..."MISTERI ANEH DAN GANJIL BUKTI KEAGUNGAN ALLAH"...menarikkan...entri lepas nie daku kongsikan sikit apa yg terkandung dlm buku yg daku baca tu okey...

DECEMBER 2011

Assalamualaikum...
Slamat pagi buat semua warga blogger dan yg lain-lain...hehe...Hari nie daku update blog awal skit sblm daku nak memulakan tugas2 suri daku nie kan...Bila daku bgn je pg td daku pun tgk kalendar...Ya Allah da msuk bln december rupanya...'tup tap tup tap' da nak sampai ujung taun...skejap je daku rasa masa berjalan...taun dpn da meningkat lagi umur daku nie...bln nie pun akif da msuk 2 taun...taun dpn emiz da darjah satu...adam da 5 taun...terasa cepat sgt masa berlalu...mcm tak disangka2...mudah-mudahan taun depan lebih baik dr taun nie...apa-apa pun daku memang da rasa lebih baik skarang berbanding dulu...daku bersyukur sgt2 pd ALLAH kerana memberi peluang dan memudahkan setiap perjalanan kehidupan daku sekeluarga...taun 2011 ada byk pahit dan manisnya...adat kehidupan manusia...mesti ada pahit dan maniskan...tak semestinya manis saje dan tak semestinya pahit sajekan...apa-apa pun masih boleh lagi diperbaiki yg mana ada kekurangannya...betul tak...antara perkara-perkara yg daku rasa nampak manis je semestinya lah hero2 dan En Suami tercinta kan...mereka yg membuatkan kehidupan daku bermakna sgt2...walaupun hero2 daku baik2 belaka tapi tanpa mereka daku tak ceria...walaupun mereka pergi jln skejap ngan atuk ngan nenek...daku da rase sunyi da...sronok tgk keletah mereka...nak2 hero kecik daku tu...lagi lah byk perangai yg comel2 die suke buat...kdg2 nak marah pun tak jadik...hehe...comel sgt...
En Suami pun byk membahagiakan daku...walaupun kami kdg2 gaduh mcm nak bertumbuk...haha...tapi daku sgt2 bahagia dgn En Suami...lebih2 lagi rezeki kami smakin murah...Alhamdulillah...En Suami pun da dpt kje yg baik...smuanya da okey...daku sgt2 syg En Suami...mudah-mudahan jodoh kami selamanya...aminn...
Apa agaknya impian daku untuk taun2 seterusnya ye...hehe...


  • Of course lah nak kehidupan lebih baik lagi...bkn daku tak bersyukur dgn kehidupan skarang...Alhamdulillah daku bersyukur...cuma nak lebih baik je...
  • Daku ngidam nak duduk rumah sendiri...itulah impian yg daku tunggu2 kan selama nie...daku nak ada privacy sikit...daku teringin nak hias rumah...nak hias bilik...hias bilik ank2...hias dapur...masak sendiri...daku tak mtk rumah besar2...sekadar sderhana dan selesa untuk kami sekeluarga...insyaallah...
  • Nak cb kuruskan bdn daku yg tak reti2 nak kurus nie...hehe...dpt kurus sikit pun jadik lah...takut nanti berpenyakit plak...selain dr nak jg kecantikkan sikit...hehe...walaupun En Suami pun makin membulat...daku nak gak kurus sikit...mudah-mudahan tercapai impian daku nie...
  • nak melakukan ibadah tanpa ada tinggal sekalipun kecuali uzur...mudah-mudahan En Suami pun mcm tu...mudah-mudahan ALLAH beri hidayah pada kami...aminn...
  • daku nak lebih erat pertalian antara semua keluarga...skarang pun daku bersyukur kerana semua ahli keluarga erat,bantu membantu...mudah-mudahan sampai bile2...aminn...
rasanya byk lagi impian daku nie...yang lain tu daku simpan kan aje...kalau nak tulis kat sini pnjang sgt plak nanti...letih plak jari jemari kasar daku nie...haha...pape pun daku bersyukur sgt2 dgn kehidupan dan rezeki yg ALLAH bg pada daku dan keluarga...terima kasih Ya ALLAH(mata keatas tgn didada)...




Mereka lah kebahagiaan daku...daku syg mereka sepenuh hati...muuahhhh!!






LAST LETTERS HOME

Assalamualaikum...
mcm awal plak daku bersiaran kali nie...sblum lappy daku nie digodek2 org lain...lebih baik daku yg gunekan dulu...hehe...ape lah agaknye entri daku kali nie kan...takde pape yg special pun...sekadar nak berkongsi cerita yg aku tgk kat 'HBO' td...tajuk cerita pun da mcm sedih je kan...'LAST LETTERS HOME'...by the way cerita tuh bkn berunsurkan filem ganas,klaka ataupun romantik...sebaliknye kisah benar yg terjadi pd 'ARMY' kat luar negara tu...mengalir lah jugak airmata daku nie td...ye lah kalau dah kisah benar lah namenye kan...ada yg diantara kisah2 tersebut mcm mane hilangnya ank2 dlm peperangan...ada yg kehilangan ayah dlm letupan...ada yg kehilangan suami dlm tembakan musuh...mcm2 lagi lah...'LAST LETTERS' tu bermaksud surat terakhir dorg pd keluarga sblm terkorban...ada jugak yg dpt surat sblm terkorban dan ada yg dpt lepas 2 mnggu terkorban...daku pun cube menyelami perasaan keluarga dorg bile 2 askar dtg rumah ketuk pintu dan bagitau ayah,ibu,suami,isteri atau ank dorg terkorban...tu yg membuatkan daku menangis tu...sedih plak rasenye...antara yg terkorban semuanya masih muda lagi...18,19,20 paling berumur pun 34 tahun...masih jauh perjalanan tapi ajal dah dtg menjemput kan...walaupun dorg bkn 'ISLAM' tapi daku bersimpati atas sifat kemanusiaan...


Isteri kehilangan Suami dan ank-ank kehilangan Ayah...terkorban pd usia 34 tahun...


Bapa dan Ibu kehilangan ank...adik kehilangan sorang kakak...umur tak pasti lah...terkorban kat iraq kot...


Ibu Kehilangan ank...umur ank yg terkorban waktu tu 22 tahun tak silap daku...kesian...

Tu antara yg dpt daku kongsikan kat sini...walaupun bkn dari kalangan atau org disekeliling daku...tp daku bersimpati dgn mereka...mcm mane perasaan keluarga mereka bile bc surat akhir agaknya...

'HARGAI ORG YG TERSAYANG SEMENTARA MEREKA DIDEPAN MATA...LUANGKAN MASA DGN MEREKA SEMENTARA MASIH ADA WAKTU...'

R.I.P



Berkira

Assalamualaikum...
salam Maal Hijrah buat smua kaum muslimin dan musliman skalian...smoge kite smua berhijrah kpd yg lebih baik...entri kali nie agak emosi sikit...ikut 'mood' jugak lah kan...hehe...kali nie daku nak 'pot pet pot pet' psl 'BERKIRA'...kadang-kadang daku tak berapa nak paham dgn org yg suke berkira nie...mcm mane lah diaorg boleh menjalani kehidupan sbgai org yg berkira kan...hehe...paling pantang daku kalau org yg berkira bab makanan...haiishh!!!rase mcm nak 'hempukk' jep org tu...makanan berkira melampau lah...rezeki ALLAH...alhamdulillah daku blum rase nak berkira psl makanan nie...ape2 benda pun daku rase tak berkira kot...tak tau lah kot ade org yg kate daku nie berkira plak kan...slalu benda berkira nie terjadi pd org disekeliling daku...tak perlulah daku huraikan or sebut nama sape2 kan...tak baik mengaibkan org...daku berceloteh pun bkn tuk mengaibkan...sekadar nak melepaskan geram dan ambil sbgai peringatan buat diri sendiri jgak...daku rase tak baik kalau nak berkira nie...sebaliknya kite jgak yg akan rugi...kite berkira dgn org...org akan berkira jgak dgn kite...tak ker rugi namenye tu...tak salahkan kalau kite 'share' sikit ape yg ade pd kite dgn org lain...tak rugi pape pun...malahan insyaallah rezeki kite lebih lg...ALLAH byr 'cash' kan...tak perlu lah nak berkira sgt...

(gambar hiasan..haha)

pada org yg suke berkira tu sedar2 lah...nanti bile sampainya time kamu baru lah kamu tau perasaan org yg pernah jdk mangsa kamu...time tu baru tau 'langit tinggi atau rendah'...jadik lah org yg suke bersedekah...mudah-mudahan  bertambah lagi rezeki...aminn...cukup setakat nie daku berceloteh...esok2 insyaallah ade lagi daku update...buhbyee...

PART TIME JOB

Assalamualaikum...
Salam bersiaran lagi mlm nie...skarang da pkul 12.21mlm...hamboi lambatnye daku meng'update' blog kan...hehe...ape bole buat kne lah tgu hero2 tido dulu kan...ape lah agaknye entri aku kali nie kan...hehe...mcm biase tgk pd tajuk...hehe...daku skarang nie da jadik 'full time housewife'...jadik al-maklumlah kan kalau da dok umah nie...membesarkan bdn jep lah...hehe...dlm pada daku membesarkan bdn nie tibe2 tercetus plak idea nak buat 'part time job'...bkn ape skadar mengisi mase lapang dan nak buat duit poket kan...daku pun 'try' menjual tudung dan 'contact lens'...kecil-kecilan je...insyaallah mane lah tau 'bisnes' daku nie mengembang dgn izin ALLAH ker...alhamdulillah murah lah jgak rezeki daku dan ank2 nie...ramai jgak yg beli brg2 jualan daku nie...sdikit sbyk daku pun dpt belajar cara2 nak buat 'online bisnes' nie...thanks pd smua yg support daku nie...pd yg mengeluarkan 'modal' jgak terime kasih yg tak terhingga daku ucapkan...mudah-mudahan bertambah rzeki kite semua...kat bwh ade lah skit2 gmbr brg jualan daku nie...sile lah tgk2 dan klu berminat add lah facebook daku supaya snang berurusan kan...hehe...








nie antara lens yg daku jual...nak tgk lebih lagi add facebook daku okey...harga boleh dirunding kemudian...takat nie je entry daku kali nie...daku nak tgk 'Paranormal Activity 2'...huuuuuuuuuuuuuuuuu~~~~~








My Hero's

assalamualaikum...salam bersiaran lagi...jam skarang da menunjukkan pukul 1.30 pagi...naper lah agaknye daku nie tak reti2 lagi nak tdo ye...hehe...waktu2 skarang nie tade yg nak menganggu...al-maklumlah semuanya tngah sdap dibuai mimpi smpai berkerohh...haha...daku jep lah yg masih tak dpt nak lelap mate lagi...jadik daku tak nak buang mase dgn berangan daku update lah blog yg tak seberape nie...entry kali nie daku nak perkenalkan hero2 yg ader dlm hidup daku nie...spatutnya entri nie dibuat sbgai mukadimah tuk blog nie...tapi daku da terlewat sikit...al-maklumlah idea tak mencurah time tu...hehe...
so mlm nie daku nak cerite sdikit sbyk tentang mereka...siapa lah yg daku maksudkan agaknya...siapa lagi kalau bukan hero2 yg keluar dari rahim daku nie...hehe...biar daku perkenalkan sorang demi sorang...yg pertama hero daku yg diberi name Muhd Emiz Daniel...lahir pada 6 MAY 2005...jgn ditanya kat maner daku lahirkan hero2 nie sume...da tentu lah dekat hospital beso seremban...hehe...Emiz nie pemalu skit orgnya...mase bersalinkan dia ramai nurse2 yg suke bertandang nak dukung die...tak taulah nak tgk dia ataupun bapak nye...hehehe...Emiz nie mang cpat skit tangkap ape yg org buat...dlm pelajaran pun boleh tahan org kate...die paling minat dlm matematik...suh kire mengire cpat aje...mamanye pun kalah...huhu...mase kecik2 dulu rajin nak menolong...bile da beso nie malas sungguh...geram daku dibuatnye...suke beno nyakat...kalau nak tgk mcm mane lah rupe hero daku nie kan
haa...nielah orgnye...muke mang sebijik cam papa yer...hehe...
yg muke blur nie hero daku yg kedua...Muhd Emil Adam namenye...ank ini sgt2 tak dgr cakap...mang payah kalau nak berckp ngan die...die nie manja ngan papa je...mama garang die taknak...haha...tp die sweet sgt...die suke buat muke dan prangai yg klakar2...nak marah kdg2 pikir 800 ratus kali...hehe...
yg nie my last hero...Muhd Izz Akif...sgt lahh lasak...pnatnye tak tau nak ckp jg die nie...manje bkn ngan mama n papa jep...tp manje ngan semua org...die pun suke sgt buli abg2 die...kuat menjerit,kuat memanjat...sgale kuat semua bg kat die lah...haha...die pun pndai sgt amik aty...die lah yg paling senang nak kuarkan...hehe...masuk labour room tak smpai lima minit da bersalin...alhamdulillah...sbb tu die lasak sgt gaknye...hehe...
owkey lah rasenye takat nie jep dulu entry daku kali nie...da nak dekat pkul 3 pagi da...skejap lagi ader yg bg petir skali...haha...buhbyeee...